Kenyataan-Bersama Badan Bertindak Bantah TPPA
Ketika rundingan Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA)
berlangsung sekali lagi secara tertutup, kami – Badan Bertindak Bantah TPPA
Malaysia – mengeluarkan kenyataan
bersama ini untuk menyatakan pendirian kami dan ingin menarik perhatian rakyat
terhadap isu – isu berikut :
·
Kedaulatan
Nasional dan Ruang Polisi Negara-Negara TPPA:
Pelbagai bab dalam perjanjian TPPA ini cadang menghadkan ruang untuk kerajaan
menggubal polisi-polisi demi kepentingan
masyarakat, termasuklah bab pelaburan dan kepatuhan terhadap
peraturan-peraturan sedia ada. Penyelesaian Pertikaian Pelabur – Negara (ISDS)
dan Penyelesaian Pertikaian Negara-Negara (SSDS) adalah antara cara bagaimana
TPPA meganugerah kuasa kepada syarikat multinasional (MNCs) untuk mereka
mengenepikan dan meredah sistem perundangan negara dengan mereka boleh menuntut pampasan kewangan tanpa
had melalui tribunal timbang-tara antarabangsa
.
·
Akses
Terhadap Ubat-ubatan: Amerika Syarikat telah
mencadangakan peraturan yang mana jika diterima akan memudahkan
syarikat-syarikat gergasi dalam bidang
farmasi mendapatkan paten ubatan dan memperoleh tempoh paten yang lebih lama.
Ini akan menyebabkan kesukaran atau kelewatan akses terhadap ubatan generic
mampu milik seperti ubatan untuk kanser, HIV dan ubatan penting yang lain.
·
Akses Terhadap Ilmu Pengetahuan: Seperti mana langkah-langkah perlindungan harta intelek TPPA akan menyebabkan ubatan dan rawatan menjadi
lebih mahal kepada rakyat, aktiviti pembelajaran dan penyelidikan negara-negara
TPPA juga boleh terjejas dengan peningkatan kos apabila undang-undang hakcipta
menjadi lebih ketat termasuklah hak-hak digital yang dikongsi bersama seperti
internet.
·
Perlindungan
Terhadap Alam: Negera-negara TPPA didesak untuk
bersetuju terhadap polisi yang menjurus kearah pro-industri, kawalan perundagan
alam sekitar secara peribadi (self-regulated), kesukaran perpindahan teknologi
mesra alam and langkah-langkah perlindungan pelaburan yang mendedahkan Malaysia
kepada ancaman korporat terhadap polisi-polisi alam sekitar seperti mana yang
telah dihadapi oleh negara-negara lain.
·
Hak-hak Pekerja:
Terdapat cadangan untuk menafikan langkah kerajaan memberikan perlindungan yang
lebih baik terhadap pekerja (seperti gaji minima dan piawaian kesihatan dan
keselamatan) yang sedang dilaksanakan dan melarang arahan untuk perlaksanaan
latihan dan syarat-syarat pengambilan pekerja oleh syarikat luar.
·
Industri
Kecil Dan Sederhana: Tindakan TPPA untuk mewujudkan
pasaran bebas dan merendahakan tariff akan menyebabkan semua sektor yang
berkaitan kehilangan pekerjaan secara mendadak.
Ini menyebabkan penurunan gaji dan meningkatkan jurang ekonomi kaya –
miskin. Penurunan tariff akan memberi kesan besar kepada 300,000 petani dari
negeri-negeri utara , mereka akan terpaksa berhadapan dengan persaingan yang
tidak saksama dengan pengeksport produk
pertanian dari negara-negara TPPA seperti
AS, Kanada dan Jepun - yang tidak akan mengurangkan susidi kepada petani
mereka. Malaysia akan mengalami nasib buruk seperti Mexico melalui North
American Free Trade Agreement dengan AS yang menyaksikan kehilangan sebanyak
tiga juta daripada sepuluh juta pekerjaan dalam bidang pertanian. Perjanjian TPP ini jelas memihak kepada haloba
dan aspirasi komersial sejumlah kecil syarikat
multinasional (MNCs) yang akan mendapat manfaat maksimum; dan tak-ambil-peduli
kebimbangan masyarakat dan rakyat jelata
di 12 negara TPPA terhadap kebajikan dan
masa depan rakyat yang terancam.
TPPA bukan satu perjanjian yang adil dan juga bukan
bebas tetapi hanyalah satu alat untuk memastikan perlindungan dan keutamaan
diberikan kepada kepentingan korporat dengan mengenepikan kepentingan rakyat dalam hal kebajikan,
keselamatan dan sosio-ekonomi. Intipati
cadangan-cadangan dalam TPPA lebih mengutamakan peranan syarikat multinasional
dan menafikan ruang kerajaan untuk bertindak demi kepentingan rakyat dalam hal
menetapkan undang-undang dan peraturan.
Kami, Badan Bertindak Bantah TPPA dengan ini menuntut
kerajaan Malaysia menunda penglibatannya dalam rundingan ini sehingalah :
·
analysis
kos-dan-manfaat (cost-and-benefit) dan kajian perbandingan faedah (comparative
advantage study) dilaksanakan, diumumkan dan diperdebatkan kepada awam.
·
teks
perjanjian dikaji selidik dan ditimbang tara oleh parlimen untuk mewajarkan
TPPA sebagai bermanfaat terhadap rakyat Malaysia.
·
segala
kebimbangan yang berkenaan diketengahkan dalam cadangan dan pendirian Malaysia
dalam perundingan TPPA.
·
Sebuah
referendum dibuat untuk menetukan tahap
sokongan rakyat Malaysia terhadap keputusan kerajaan untuk
menandatangani perjanjian ini.
Persidangan kali ke-18 perwakilan
negara-negara TPPA akan diadakan di Sabah, di No. 1 Sutera Harbor Boulevard,
Kota Kinabalu sedang dijalankan. Wakil
daripada 12 negara Asia sedang berunding
dengan delegasi Amerika pada 15 – 25 Julai 2013 dalam persidangan ini.Kami menuntut sikap telus kerajaan dalam
isu ini dan kami mahu suara dan kebimbangan akar umbi rakyat dibawa masuk ke
dalam persidangan ini dan persidangan ini dibatalkan.
Badan Bertindak Bantah TPPA
No comments:
Post a Comment